Wednesday 30 January 2013

"Zulkarnain jadi Hero"



Tajuk : Zulkarnain Jadi Hero
Penulis :Zalisa Maz
Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-509-5
Halaman: ~240
Tarikh Terbit: 10 Feb 2010
Kategori: Kanak-kanak/Remaja



Sinopsis
NAZAR yang dibuat oleh Encik Samad memakan dirinya sendiri. Dia bernazar jika isterinya, Puan Hawa melahirkan anak lelaki, dia mahu menyerahkan anak itu kepada ayahnya untuk dipelihara.

Namun setelah lima tahun berlalu, Encik Samad masih tidak menyerahkan anaknya yang diberi nama Zulkarnain kepada ayahnya. Lantaran itu, ayahnya datang menuntut. janji. Akibat penyerahan tersebut, suami isteri ini menderita kerinduan. Sepanjang tinggal di kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Zulkarnain sentiasa dibuli oleh pak cik dan mak ciknya sehingga mengakibatkan dirinya dirundung kesedihan.

Namun, kerana kepetahan, kecerdikan dan kerajinannya, dia sangat disayangi oleh datuk dan neneknya. Sifa-sifat ini membuatkan Atuk Sofian tidak mahu memulangkan Zulkarnain kepada ibu bapanya. Ilmu silat yang dipelajari daripada Atuk Sofian telah menjadikan Zulkarnain sebagai hero apabila menolong pak ciknya daripada menjadi mangsa sindiket penjualan daging haiwan liar. Ini membuatkan rasa cuak di hati Encik Samad.

Dapatkah Encik Samad memperoleh semula Zulkarnain daripada bapa dan emaknya? Segala-galanya terjawab di dalam cerita ini.



THANKS FOR READING

"kisah Sooty "








Tajuk :Kisah Sooty
Penulis :Iris IxoraHarga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-529-3
Halaman: ~96
Tarikh Terbit: 10 Mac 2010
Kategori: Kanak-kanak/Remaja



Sinopsis
KISAH SOOTY yang menampilkan keunikan individu pada setiap watak kucing dicipta untuk memenuhi kehendak emosi dan imaginasi kanak-kanak. Kisah Sooty bukan sahaja hadir sebagai penghibur, tetapi juga sebagai ikon yang diharap boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang mengikuti kisah ini.

Kisah Sooty juga mengandungi pelbagai cerita dan ilustrasi yang menarik untuk menceriakan lagi dunia kanak-kanak di mana sahaja mereka berada, sama ada di rumah mahupun di sekolah.
|credit : kisahsooty ^_^|



THANKS FOR READING

"Kembara Sooty"


Tajuk :Kembara Sooty
Penulis : Iris IxoraHarga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-552-1
Tarikh Terbit: 4 Jun 2010
Kategori: Kanak-kanak/Remaja





Sinopsis
SI KUCING comel, Sooty kembali dengan pelbagai kisah lucu dan mencuit hati. Kali ini, Sooty bersama kawan-kawannya telah pergi ke taman haiwan. Di sana, ia mengenali beberapa spesies haiwan dan mempelajari habitat mereka. Dalam kisah kali ini juga, Sooty telah menyelamatkan beberapa ekor anak kucing daripada dihanyutkan air. Kemudian, Sooty telah pergi ke angkasa lepas dan melihat sendiri planet-planet yang menghiasi cakerawala.

Kembara Sooty bukan sekadar bahan bacaan berillustrasi yang menarik, tetapi juga mampu memberi ilmu dan membentuk sahsiah yang baik di kalangan kanak-kanak.
|credit : kembarasooty ^_^|

THANKS FOR READING

" Izad Menjejak Buku Sakti "










Judul : Izad Menjejak Buku Sakti
Penulis : Elee Mardiana
Harga: RM 14.00
ISBN: 978-983-124-578-1
Halaman: ~352
Tarikh Terbit: 26 Jul 2010
Kategori: Kanak-kanak/Remaja




Sinopsis
IZAD sering berangan-angan mahu menjadi orang gagah dan memiliki kuasa sakti. Izad Gagah. Itulah gelaran yang diberikan kepada dirinya sendiri. Dia langsung tidak menyangka angan-angannya itu akan menjadi kenyataan selepas keluarganya berpindah. Dia jadi teruja bila mendapati dia berjiran dengan orang-orang sakti dari sebuah negara bernama Kasyorga. Malah rakan-rakan barunya, Samrin, Naina dan Ella Vi adalah tiga kanak-kanak sakti!

Pada mulanya Naina tidak senang dengan kehadiran Izad tetapi Izad terus berusaha mendekati Naina sehingga akhirnya mereka bersahabat baik. Kepercayaan mereka terhadap Izad semakin teguh apabila Izad sanggup mempertaruhkan nyawanya bertempur dengan musuh rakyat Kasyorga demi menyelamatkan Buku Sakti Kasyorga daripada jatuh ke tangan musuh. Apakah kesudahan nasib Izad? Ayuh! Sama-sama kita alami pengalaman ajaib ini bersama Izad!


THANKS FOR READING

novel " Cinta Edisi Terhad "


Judul :Cinta Edisi Terhad
Penulis :Lynn Dayana
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-526-2
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 10 Mac 2010


Sinopsis
DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?



THANKS FOR READING

novel " cinta untuk disewa "



Judul : Cinta Untuk Disewa
Penulis :Lynn Dayana
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-838-6
Halaman: ~592
Tarikh Terbit: 20 Jan 2013

Sinopsis
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.


THANKS FOR READING

novel " Cinta Seorang Kekasih "







Tajuk :Cinta Seorang Kekasih
Penulis : Elee Mardiana
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-486-9
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 16 Dis 2009


Sinopsis

NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa. 

Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh. 

Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?

|credit :cintaseorangkekasih ^_^|
THANKS FOR READING

novel " Encik Abangku Romantik "





tajuk : Encik Abangku Romantik
Penulis: Elee Mardiana
ISBN: 978-983-124-810-2
Halaman: ~576
Tarikh Terbit: 20 Ogos 2012


Harga: RM 22.00


Sinopsis
Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?


|credit :encikabangkuromantik ^_^|
THANKS FOR READING

novel " Curahan Cinta Niagara"







Judul : Curahan Cinta Niagara
Penulis : Maya Iris
harga : RM26.00

Melihat pada tajuknya pasti ada menyangka yang ianya sebuah novel cinta. Nyatanya ia adalah sebuah novel cinta tetapi berbentuk islami. Sepertimana novel Ayat-ayat Cinta, Bukan Yang Pertama, Tautan Hati dan juga Salju Sakinah. Novel ini sarat dengan pengertian, motivasi dan nasihat berguna dalam membina jatidiri sebagai muslim sejati. Selitan hadis dan ayat-ayat al Quran untuk menguatkan lagi hujah dan nasihat dengan cara tersendiri membuatkan pembaca merasa seperti bukan membaca khutbah. Untuk novel Islami ini penulis membuat pendekatan mengenai kepentingan institusi perkahwinan. Namun saya merasa novel ini tidak sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja. Hanya sesuai untuk golongan tertentu saja memandangkan penulis ada menyerapkan adegan-adegan separa intim. 

Mira yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah akibat dari kegagalan sebuah perkahwinan berjaya melanjutkan pelajaran ke New York. Di sana Mira menjadi perhatian Faris dan Farhan, anak hartawan. Faris adalah seorang playboy sementara Farhan sebagai abang selalu mengalah terhadap kemahuan adiknya. Tujuan Faris ialah untuk memiliki Mira sepertimana dia memiliki gadis-gadis lain. Namun Mira bukanlah calang-calang gadis untuk dia berseronok. Penolakan Mira mengubah persepsi Faris terhadap gadis itu. Faris nekad untuk menawan hati Mira walau dengan apa cara sekalipun. Malang bagi Faris apabila akhirnya dia terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh. Timbul rasa kasihan di hati Mira melihatkan Faris yang sudah tidak sempurna. Dengan hati yang rela dia mengahwini Faris. 

Dugaan hidup Mira baru bermula pabila rumahtangganya diuji dengan berbagai cobaan. Faris bertukar menjadi bengis dan pemarah akibat dari kecacatan yang dialaminya dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami. Kebencian mertua terhadap Mira juga membuatkan hidup Mira tambah sengsara. Mira cuba untuk pasrah dan redha dengan dugaan yang menimpa. Setelah kematian Faris Mira dikejutkan dengan amanat yang ditinggalkan oleh Faris iaitu supaya Mira dinikahkan dengan Farhan. Hendak tak hendak Mira menerima Farhan sebagai suaminya. 

Sungguh sulit untuk menjalani hidup bersama Farhan apabila dirinya dicurigai dan Farhan sering dibayangi kenangan silam. Berkat doa dan kesabaran serta dengan niat yang ikhlas, lama kelamaan rumahtangga mereka menemui kebahagiaan jua. Namun kehadiran Azrin membuatkan mereka sekali lagi diuji. Sesungguhnya Allah tidak akan berhenti menguji hamba-hamba yang disayangiNya...

|credit : curahancintaNiagara ^_^|

THANKS FOR READING

novel " Gurauan berkasih "






Gurauan Berkasih
No. ISBN:- 978-967-5067-00-6
SEMENANJUNG: RM 35.00 
SABAH/SARAWAK: RM 38.00 

Sinopsis:-

Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.
“Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar.
Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya.
Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.
“Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya.” - Dato’ Zulkifli Zainuddin. Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar?
Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah?
“Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia. Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris?” – Harris Hakimi. “Ingin kusentuh hatimu, sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini. Sekian lama memendam cinta. Payah kurasa menyeksa jiwa.” – Nur Liyana Safiyah.

|credit : gurauanberkasih ^_^|


THANKS FOR READING

novel " Dan Sepi Pun Berlalu "






Tajuk : Dan Sepi Pun Berlalu
Penulis : Fauziah Ashari
Harga: RM30.00
Terbitan: Intens Idea International

Sinopsis:

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…

Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq
FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.
FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.
‘Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.
Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa…

|credit : dansepipunberlalu ^_^|
THANKS FOR READING

novel " Cahaya Cinta "

Penulis : Izra Noh
Judul : Cahaya Cinta
ISBN : 978-983-43450-0-6
Harga : RM19.00 (SM) / RM22.00 (S/S)

Sinopsis:

Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usia tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bos yang berperangai seperti papanya hadir dalam hidup. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci terhadap Haziq dan tambah tertekan apabila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Suatu hari...Ellynna terkedu apabila berhadapan dengan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya...

"Adik akan ikut cakap papa?"
"Tidak!" tegas jawapan Ellynna.
Zumm...

"Argh!!!" Ellynna menjerit apabila dengan kejam papa menyimbah air panas ke mukanya. Namun, jeritan itu tersekat di kerongkong apabila air yang dicurah itu adalah air sejuk!

"Itu baru air sejuk." Kamal tersenyum sambil menjeling cerek di tangannya. Kini, Ellynna tahu air di dalam cerek itu memang air panas!.

|credit :cahayacinta <3|

THANKS FOR READING